MAT KECOH hari ini ingin berkongsi satu lirik lagu daripada salah seorang penyanyi cilik yang berbakat besar, artis yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aliff Amierul dengan lagu dari single beliau yang berjudul Ku Percaya. Mendengar suaranya begitu mengasyikkan dan memang akan membuatkan korang semua terhibur bila mendengar lagu ini.
Aliff Amierul merupakan seorang penyanyi cilik yang berbakat, di harap beliau dapat menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang iaitu Tegar Septian. Mat Kecoh amat berharap janganlah kehadiran penyanyi cilik ini sekadar untuk satu lagu single ini sahaja, sebaiknya perbanyakkan lagi lagu-lagunya agar penyanyi cilik negara kita mampu menyaingi penyanyi cilik dari seberang terutamanya Tegar Septian. Daripada lagu yang bertajuk Ku Percaya nyanyian Aliff Amierul ini Mat Kecoh percaya bintang cilik ini ada nilai komersialnya dan mampu pergi jauh. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada pada bintang kecil ini demi kemajuan industri muzik tempatan.
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua lirik lagu yang terhangat di pasaran pada masa ini. Lirik lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah lirik lagu terbaru Wings. Judul lagu tersebut adalah Ingatkan Dia.
Ingatkan Dia merupakan lagu terbaru dari Wings yang pada hari ini lagu ini boleh dikatakan lagu ini kerap diputarkan oleh stesen-stesen radio tanah air, tidak kiralah stesen radio kerajaan ataupun swasta. Ternyata lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air. Oleh yang demikian, Mat Kecoh memilih untuk berkongsi lirik lagu ini buat korang semua. Dengan adanya lirik ini dapatlah korang semua berhibur. Dalam keseronokkan korang semua berhibur jangan lupa tanggugjawab ye...berhibur tak salah asalkan tahu bertempat. Apa yang Mat Kecoh lihat daripada muzik video lagu ini sememangnya Vokal Vokalis Kumpulan Wings ternyata masih mantap. Lima bintang Mat Kecoh beri pada Awie. Ternyata penyanyi dulu-dulu sememangnya betul-betul hebat. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. Pada kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini berkenaan satu filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Adik Manja Return. Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut. Pelakon-Pelakon Adik Manja Return Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi. Saksikan adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2012. Hari ini Mat Kecoh ingin berkongsi korang yang mungkin boleh menghiburkan korang semua dikala korang sunyi sepi dan rasa boring meningkat dalam diri korang sendiri. Sebuah lagu yang syahdu dan menyentuh kalbu sesuai untuk jiwa korang semua, mungkin juga ia boleh dijadikan terapi muzik buat korang semua. Lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aku Suka Dia yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang baru meningkat naik dan juga boleh dikatakan cantik dan menarik dan boleh membuat sesiapa sahaja yang tertarik padanya ditambahan pula dengan suaranya yang merdu dan penuh kesyahduan. Ianya tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Aina Tasneem. Mat Kecoh rasa sebelum korang menonton video muzik lagu tersebut, adalah lebih elok korang mendalami dan menghayati baitt-bait lagu yang cuba disampaikan sepertimana yang ditunjukkan di dalam lirik lagu tersebut di bawah ini: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|